Thursday, November 25, 2010

sedar tak sedar..


sekejap jer masa berlalu....
sedar tak sedar...
sekarang dah di penghujung semester..
sedang menghadapi peperiksaan akhir yang mendebarkan...
akhir sem nie....maka berakhirlah sem5 bagi aku dan rakan...
sem depan dah sem6...sem 7 praktikum...mampu ke???
insyaALLAH.....
hujung tahun ni pun dah ada klasmate yang kawen..
tahniah dan selamat pengantin baru buat tini & eima...
moga kamu berdua akan menjadi isteri yang baik
dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan pelajar dengan baik...
susah juga tu ..kan...
bila dah kawen,,kamu dah tak boleh nak berpoya - poya dengan kami lagi dah..
~ngeeee~
ermm...da ramai kawan - kawan yang kawen...kawan sekolah dulu pun ramai yang dah kawen...
semoga kamu semua berbahagia sehingga ke akhir hayat...



doakan aku juga yer...

Thursday, October 28, 2010

harus REDHA...

harus redha dengan apa yang kita perolehi,

mungkin itu yang selayaknya bagi kita,

dan mungkin ada hikmah di sebalik semua yang terjadi...

tuhan maha mengetahui...

insyaALLAH...

Wednesday, October 6, 2010

pesanan buat mereka yang menggunakan PAYUNG!!!





kepada mereka yang menggunakan payung..
tak kira sewaktu hujan..
mahupun panas...
tolong berhati - hati dengan orang sekeliling kamu...terUTAMAnya mereka yang berada di BELAKANG, TEPI dan DEPAN....

payung - payung kamu sering kali hampir mencederakan aku!
.
.
.
tolong beri perhatian



p/s : aku tak suka bawak payung!

Wednesday, September 22, 2010

tip menghadapi EXAM...!!!






UNTUK pelajar yang masih menuntut, anda tidak boleh lari daripada peperiksaan. Untuk berjaya, tak kira siapa pun anda, peperiksaan adalah suatu perkara yang wajib ditempuh.

Dalam hidup pun ada ujian-ujiannya. Dan semua itu jika mampu dijalani dengan secemerlang yang mungkin, insya-Allah anda akan menjadi manusia yang paling berjaya di atas muka bumi ini.

Fokus saya kali ini adalah untuk berkongsi 6 tip penting buat

semua pelajar-pelajar yang masih menuntut. Tak kira di sekolah mahu pun di IPT. Bagaimanakah persediaan terbaik yang perlu mereka lakukan untuk baki sebulan atau seminggu terakhir sebelum peperiksaan.

Ini yang saya sebut sebagai tip pecutan terakhir!

1. Senarai pendek semua tajuk yang telah dipelajari.

Langkah pertama dalam persediaan pecut

an terakhir ini ialah dengan menyenaraikan kesemua tajuk yang telah anda pelajari sepanjang tahun. Senarai tajuk sahaja. Dari sini, anda akan nampak gambaran awal sejauh mana anda perlu memecut. Seberapa banyak kelajuan yang anda perlukan untuk menghabiskan kesemua tajuk berkenaan dalam masa yang anda ada.

2. Tandakan soalan-soalan yang lazim keluar dalam peperiksaan

Ambil pen atau apa-apa pensel warna, dan kemudian tandakan bahagian mana yang penting daripada tajuk-tajuk yang anda senaraikan tadi. Bab-bab yang penting ini bermakna bab-bab yang sering keluar dalam peperiksaan. Jangan tandakan semuanya. Ambil yang benar-benar kerap keluar dalam exam. Biasanya, soalan-soalan yang keluar dalam peperiksaan adalah berulang-ulang. Ia berulang sebab memang perkara itu yang amat perlu untuk difahami dan dikuasai untuk alam pekerjaan nanti (bagi mahasiswa) dan penting sebagai pengetahuan masa depan anda suatu hari nanti (bagi pelajar sekolah).

3. Semak semula nota anda.

Sebelum membaca buku-buku rujukan atau bab-bab yang lazim keluar dalam peperiksaan, baca dulu nota yang anda tulis sejak awal tahun. Nota ini perlu dibaca dulu sebab biasanya nota ini ditulis dengan ringkas. Dapatkan dulu gambaran awal tentang kesemua bab yang perlu ditekankan. Baca semua bab sepintas lalu. Tak perlu memfokus pada satu-satu bab. Pada level ini, anda hanya perlu memahamkan sahaja dulu, bukan untuk menghafalnya.

4. Baca bab-bab dan tajuk yang sering keluar dalam peperiksaan yang lepas.

Setelah anda membaca sekali imbas kesemua tajuk yang anda pelajari di dalam nota tulisan anda, mulakan pembacaan secara fokus kepada soalan-soalan penting sahaja. Sebenarnya, tidak semua yang anda pelajari dari awal tahun itu benar-benar penting. Ada bab hanya untuk anda fahami konsepnya sahaja. Ada bab lain untuk anda kuasai basicnya saja. Dan yang sesetengahnya pula memang amat-amat penting untuk anda kuasai. Dan bab-bab seperti inilah yang acap kali keluar dalam peperiksaan. Jadi, jangan sampai terlepas pandang. Mesti baca. Mulakan pembacaan secara fokus dengan bab-bab yang sering keluar dalam peperiksaan!

5. Buat soalan-soalan peperiksaan tahun lepas.

Selepas anda membaca secara fokus kesemua bab yang sering keluar dalam peperiksaan, buat pula latihan-latihan soalan peperiksaan tahun-tahun yang sudah. Ini penting untuk membiasakan anda dengan format dan situasi sebenar di dalam peperiksaan nanti.

6. Rumuskan apa yang dipelajari.

Langkah yang terakhir ini amat penting. Rumusan pembelajaran bermakna, anda perlu semak semua senarai bab-bab yang anda pelajari sepanjang tahun. Perhatikan senarai itu betul-betul. Mana-mana bab yang anda belum ulangkali, iaitu bab-bab yang jarang keluar dalam exam, time ni anda perlu tengok. Baca semula. Fahami konsepnya secara mudah. Kemudian, akhiri studi anda khususnya di malam-malam peperiksaan dengan bab-bab yang lazimnya keluar dalam peperiksaan sahaja. Ulang pembacaannnya berulang-ulang kali.

Saya doakan anda yang sedang sibuk menjalani peperiksaan, buat anda yang sedang bertungkus lumus membuat persediaan untuk exam,


selamat berusaha,

selamat menempuh peperiksaan.

Salam kejayaan!

Saturday, August 28, 2010

semalam berbuka dengan fara~

semalam aku berbuke dengan farahain ferhat,
kol 6.30 petang kami pergi ke bazar ramadhan di KUO...
fara beli ikan masak merah dengan hati lembu goreng,
aku bali sup daging dengan air kelapa,
sampai rumah,
pukul 7.00 malam,
aku borak - borak dengan fara dan rakan serumah yang lain,
pukul 7.15 malam,
aku isi air dalam gelas,
isi lauk dalam bekas,
7.20 malam..
aku ambik pinggan nak isi nasi,
tp..errrr
aku masak nasi tadi lupe tekan suiz..
sori fara,
berbuke dengan air dulu..lepas solat maghrib kite makan nasi...
kesilapan yang sama...aku lakukan untuk kali yang kedua...aku manusia alpa...

Monday, August 23, 2010

Sunday, August 15, 2010

~MENGUAP MENURUT ISLAM~


kita selalu jer menguapkan...kadang - kadang pepagi pun dah menguap ...
nak tau tak..menurut islam...menguap tu macam mana???
kalau nak tau..jom baca bawah nie.....

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'."

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka." Riwayat Imam Musli

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi


Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi


Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".

5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah"selepas menguap.

"sesungguhnya org2 yg menguap tanpa mengcover mulutnya adalah kelihatan seperti seekor badak yg sedang mengangakan mulutnya.tak caya pi tengok kat zoo..sama tak?