Wednesday, September 22, 2010

tip menghadapi EXAM...!!!






UNTUK pelajar yang masih menuntut, anda tidak boleh lari daripada peperiksaan. Untuk berjaya, tak kira siapa pun anda, peperiksaan adalah suatu perkara yang wajib ditempuh.

Dalam hidup pun ada ujian-ujiannya. Dan semua itu jika mampu dijalani dengan secemerlang yang mungkin, insya-Allah anda akan menjadi manusia yang paling berjaya di atas muka bumi ini.

Fokus saya kali ini adalah untuk berkongsi 6 tip penting buat

semua pelajar-pelajar yang masih menuntut. Tak kira di sekolah mahu pun di IPT. Bagaimanakah persediaan terbaik yang perlu mereka lakukan untuk baki sebulan atau seminggu terakhir sebelum peperiksaan.

Ini yang saya sebut sebagai tip pecutan terakhir!

1. Senarai pendek semua tajuk yang telah dipelajari.

Langkah pertama dalam persediaan pecut

an terakhir ini ialah dengan menyenaraikan kesemua tajuk yang telah anda pelajari sepanjang tahun. Senarai tajuk sahaja. Dari sini, anda akan nampak gambaran awal sejauh mana anda perlu memecut. Seberapa banyak kelajuan yang anda perlukan untuk menghabiskan kesemua tajuk berkenaan dalam masa yang anda ada.

2. Tandakan soalan-soalan yang lazim keluar dalam peperiksaan

Ambil pen atau apa-apa pensel warna, dan kemudian tandakan bahagian mana yang penting daripada tajuk-tajuk yang anda senaraikan tadi. Bab-bab yang penting ini bermakna bab-bab yang sering keluar dalam peperiksaan. Jangan tandakan semuanya. Ambil yang benar-benar kerap keluar dalam exam. Biasanya, soalan-soalan yang keluar dalam peperiksaan adalah berulang-ulang. Ia berulang sebab memang perkara itu yang amat perlu untuk difahami dan dikuasai untuk alam pekerjaan nanti (bagi mahasiswa) dan penting sebagai pengetahuan masa depan anda suatu hari nanti (bagi pelajar sekolah).

3. Semak semula nota anda.

Sebelum membaca buku-buku rujukan atau bab-bab yang lazim keluar dalam peperiksaan, baca dulu nota yang anda tulis sejak awal tahun. Nota ini perlu dibaca dulu sebab biasanya nota ini ditulis dengan ringkas. Dapatkan dulu gambaran awal tentang kesemua bab yang perlu ditekankan. Baca semua bab sepintas lalu. Tak perlu memfokus pada satu-satu bab. Pada level ini, anda hanya perlu memahamkan sahaja dulu, bukan untuk menghafalnya.

4. Baca bab-bab dan tajuk yang sering keluar dalam peperiksaan yang lepas.

Setelah anda membaca sekali imbas kesemua tajuk yang anda pelajari di dalam nota tulisan anda, mulakan pembacaan secara fokus kepada soalan-soalan penting sahaja. Sebenarnya, tidak semua yang anda pelajari dari awal tahun itu benar-benar penting. Ada bab hanya untuk anda fahami konsepnya sahaja. Ada bab lain untuk anda kuasai basicnya saja. Dan yang sesetengahnya pula memang amat-amat penting untuk anda kuasai. Dan bab-bab seperti inilah yang acap kali keluar dalam peperiksaan. Jadi, jangan sampai terlepas pandang. Mesti baca. Mulakan pembacaan secara fokus dengan bab-bab yang sering keluar dalam peperiksaan!

5. Buat soalan-soalan peperiksaan tahun lepas.

Selepas anda membaca secara fokus kesemua bab yang sering keluar dalam peperiksaan, buat pula latihan-latihan soalan peperiksaan tahun-tahun yang sudah. Ini penting untuk membiasakan anda dengan format dan situasi sebenar di dalam peperiksaan nanti.

6. Rumuskan apa yang dipelajari.

Langkah yang terakhir ini amat penting. Rumusan pembelajaran bermakna, anda perlu semak semua senarai bab-bab yang anda pelajari sepanjang tahun. Perhatikan senarai itu betul-betul. Mana-mana bab yang anda belum ulangkali, iaitu bab-bab yang jarang keluar dalam exam, time ni anda perlu tengok. Baca semula. Fahami konsepnya secara mudah. Kemudian, akhiri studi anda khususnya di malam-malam peperiksaan dengan bab-bab yang lazimnya keluar dalam peperiksaan sahaja. Ulang pembacaannnya berulang-ulang kali.

Saya doakan anda yang sedang sibuk menjalani peperiksaan, buat anda yang sedang bertungkus lumus membuat persediaan untuk exam,


selamat berusaha,

selamat menempuh peperiksaan.

Salam kejayaan!

No comments:

Post a Comment